Sunday, 19 June 2011

pbezaan INFLASI wang kertas dan EMAS

Sebelum tu, saya nk cerita sikit pasal inflasi..sebab mungkin ada kawan2 kita yang tak berapa clear pasal inflasi ni..

Nak senang cerita, inflasi ni ialah satu keadaan dimana duit kita mulai susut nilai dan kuasa membeli nye semakin rendah.. dengan kate lain, harga barang2 zaman dulu tak same dengan harga zaman sekarang.. contoh paling senang, zaman2 saya kecik dulu..(tahun 90-an) pergi sekolah rendah, mak bapak bagi 30sen, dah boleh beli nasik dengan air.. tapi zaman sekarang, kalau budak2 sekolah rendah bawak 30sen je, memang tak dapat beli ape2 la...


Mak bapak zaman sekarang ni, selalu yang saya tanya, paling kurang pun bagi anak RM2 - RM3 untuk ke sekolah..baru la dapat beli nasik dgn air.. maksud nye, diorang terpakse belanje 8 - 10 kali ganda dari zaman dulu punye harga.. dasyat kan?? huhu..

Wang Kertas
So, inilah yang berlaku kepada wang kertas..nilai nya makin lama makin susut kerana dimakan oleh inflasi..Pernah tak kite terfikir, kenapa barang naik harga..kenapa minyak naik harga..kenapa tambang bas naik harga.. kalau anda perasan, bukan nye ade ape yang bertambah pun..gula sekilo tetap sekilo..tapi harga bertambah... kenapa?? ini lah kesan daripada inflasi... wang kertas sangat mudah dimakan oleh inflasi..

Saya bagi lagi contoh, katakan kite simpan duit kertas RM1000 dari bulan January hingga bulan December 2009. Dan katakan kadar inflasi pada tahun 2009 itu adalah sebanyak 4%..lihat apa yang terjadi..

100% tolak 4% = 96%    <--  4% adalah kadar inflasi
Nilai duit kita pada bulan December = 96%  x  RM1000  =  RM960

Sekarang anda lihat, duit kite yang asal2 nilai nye RM1000, dah jadi RM960. Mungkin ada yang tanya, kenapa berkurang pula, kat tangan masih ade RM1000??

Ya, kat tangan kita memang masih ada RM1000..tapi value / nilai nye dah tak sama lagi dengan RM1000 masa kita mula2 simpan duit tu dulu..tak percaya?? cube kita beli barang yang harga nye RM1000 pada awal tahun..memang takkan dapat dah..pada hujung tahun, mesti harga nye dah jadi seribu lebih dah..

Jadi anda perasan tak??

Sebenar nya ape yang berlaku, bukan lah sesuatu barang tu yang naik harga, tapi nilai duit kita yang susut... contoh dulu gula sekilo = RM1. Tiba2 sekarang gula sekilo jadi RM1.50.. Sebenar nye gula tu tak naik harga pun, tapi sebab duit kite dah susut nilai, kite kene tambah lagi 50sen untuk beli gula sekilo tu.. ni lah name nye Buying Power (Kuasa Membeli) semakin lemah.. RM1 sekarang dah tak mampu nak beli barang yang same dengan RM1 dulu..

Sekarang cuba anda bayang kan, setiap tahun dari tahun 2000 hingga tahun 2010, boleh kata kadar purata inflasi negara adalah 4% - 6%... Sekarang cuba kite fikir2 balik, selamat ke kalau kite simpan duit kite macam tu je??  Kalau RM100 mungkin tak rase.. Kalau RM1000?? RM10000?? setahun je dah hilang beratus2..Diam2 kite sebenarnye dah dirompak oleh INFLASI!!!
 Tengok la sendiri, dari tahun ke tahun kuasa membeli telah jatuh teruk..

Emas

Okeh, apa yang terjadi kepada Emas pulak?

Kalau anda kaji, emas merupakan penyimpan nilai yang paling berkuasa. Emas langsung tidak tergugat dengan inflasi. Setinggi mana pun kadar inflasi, emas tetap mampu untuk melawan nye.

Bukti??

1 Dinar pada zaman Rasulullah, mampu untuk membeli sekor kambing.. pada hari ni, 1 dinar juga mampu untuk beli sekor kambing..

Logik kan? Hari ni harga 1 dinar (Emas 916 seberat 4.25g) = RM640.00.. memang bleh sangat nak beli sekor kambing dewasa yang gemuk.hehe..

Sekarang anda bayang kan, Zaman Rasulullah dulu tu ialah 1400 tahun yang lalu. namun nilai emas tu sikit pun tak susut..dengan kate lain, buying power (kuasa membeli) emas ni kekal tinggi dari dulu sampai sekarang.. 0% inflasi selama 1400 tahun!! huhu..sangat hebat!!  :D

Sekarang nampak tak? hehe.. sesungguh nye simpan emas lebih baik daripada simpan duit kertas..

Betullah kata2 Rasulullah..
Abu Bakar Ibn Abi Maryam meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: "Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpan lah Dinar (emas) dan Dirham (perak) (untuk digunakan)" (Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)
Call/sms saya kalau dah berhasrat untuk simpan emas.. :)

Friday, 17 June 2011

bace n SEDARlah...

wang vs EMAS




Wang Vs Emas. Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat datang kepada anda ke dunia wang fiat.. Sebenarnya kita memang dilahirkan di dalam dunia wang fiat pun. Melainkan umur anda kini sudah 300 tahun atau lebih.

Wang fiat kalau dalam bahasa mudahnya dipanggil wang kertas. Orang putih memanggilnya currency. Kata dasar untuk currency ialah current yang bermaksud arus atau aliran. Dalam pengertian yang senang difahami, wang kertas perlu sentiasa bergerak.

Apa akan jadi jika wang kertas berhenti bergerak? Nilainya akan mula merosot.

Kita lihat situasi ilustrasi ini;
RM20,000 wang kertas yang letakkan di dalam peti besi. Biarkan selama 20 tahun. Apa yang akan terjadi? Sudah pasti wang RM20,000 itu akan merosot nilainya. Jumlah fizikalnya, masih tetap 20,000 tetapi nilainya kalau dianggarkan secara kasar, kemungkinan besar hanya tinggal lebih kurang 12,000 sahaja. Terjejas akibat inflasi. Itu adalah kelemahan currency. Selain itu, kekayaan di dalam bentuk wang kertas boleh dimusnahkan dengan mudah. 

Ia boleh;
1. Dikoyakkan sampai lumat
2. Digunting
3. Dibakar



Sementara, emas pula menjadi pilihan manusia sebagai penyimpan kekayaan. Sejarah penggunaan emas sebagai wang bolehdilihat 6,000 tahun yang lalu. Orang-orang Mesir telah menggunakan jongkong emas yang di cop nama firaun sebagai wang.

Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan kerana:
1. Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan tidak akan pudar     
    selamanya.
2. Emas tidak boleh dibinasakan.
3. Tahan lasak.
4. Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa menjejaskan nilainya.
5. Ia sukar diperoleh.

Pada zaman silam, emas menjadi simbol kekayaan dan kekuasaan. Sesiapa yang memiliki emas maka ia dianggap kaya dan berkuasa. Jika kita memiliki banyak emas pada zaman ini. Kita juga dianggap kaya. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan.

 Sebab itu makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa. Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.
Kini kita lihat pula situasi ilustrasi yang ini;

Satu jongkong emas bernilai RM20,000 dan diletakkan di dalam peti besi. Biarkan 20 tahun. Apa yang terjadi? Sudah pasti nilainya akan naik walaupun ia tak bergerak. 

Selain itu, emas adalah;
1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
3. Aset yang terunggul
4. Ia tidak boleh dimanipulasikan

Tujuan artikel ini bukanlah untuk memburuk-burukkan wang kertas dan mengagung-agungkan emas. Saya tidak memihak kepada mana-mana sumber kekayaan ini. Ini adalah perbandingan sebenar.  Anda bebas memilih sama ada mahu menyimpan kekayaan dalam bentuk wang atau emas. Artikel ini hanya sebagai panduan sahaja. Semoga bermanfaat...

Thursday, 16 June 2011

MENGAPA MESTI EMAS???

Emas lambang kejayaan di akhirat.

Selain menjadi simbol kejayaan di dunia, emas juga merupakan simbol kejayaan di akhirat.
Ini kerana, setiap orang yang berjaya masuk ke dalam syurga, maka Allah SWT akan menghadiahkan kepadanya gelang-gelang yang diperbuat daripada emas.
Ini dijelaskan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran, surah Al-Hajj ayat 23:
 al-hajj-23-2
Maksud ayat: Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera (Surah Al-Hajj:23)

Menjadi penghuni syurga adalah tanda kemenangan bagi kita yang hidup di dunia.
Sudah pasti kita inginkan syurga bukan?

gelang_emas
Ini gambar gelang emas kat dunia. Gelang emas kat akhirat kita tak tahu cammana rupanya. Yang pasti.. ia semestinya sangat cantik kerana ia adalah hadiah dari Allah yang Maha Kaya kepada hamba-hambanya yang berjaya.
Jadi, disini kita dapat melihat keistimewaan emas.
Ia merupakan simbolik kejayaan di dunia mahu pun di akhirat.
Jika anda berjaya di dunia – anda akan dapat hadiah pingat atau piala emas
Jika anda berjaya masuk ke syurga – anda mendapat hadiah gelang emas.
Sebab itulah saya sukakan emas.
Ia menyebabkan saya rasa kaya dan berjaya :)

Emas sebagai simbol kejayaan.

Untuk pengetahuan anda, salah satu daripada keistimewaan emas adalah ianya dikaitkan sebagai simbol kejayaan dan kemenangan.
Dengan kata lain, manusia memilih emas bagi meraikan kejayaan, pencapaian tertinggi dan terbaik.

Olympic-gold-medals-001
Mari tengok gambar dekat – pingat emas sukan Olimpik.
Jika anda mendapat tempat pertama atau pencapaian terbaik, biasanya anda akan dapat pingat atau piala emas.
Tak kiralah emas betul ke atau plastik celup warna emas ke (ala..macam pingat sukan zaman sekolah dulu-dulu)
Orang tetap panggil pingat emas :P

Memang untung jika anda menyimpan emas.

Hasil analisis data 447 tahun diatas akan menguntungkan anda sekiranya anda membeli dan menyimpan emas.
Ini kerana telah terbukti bahawa kuasa membeli emas adalah sangat stabil. Apa yang emas boleh beli pada masa sekarang tetap boleh dibeli beberapa ratus tahun malah ribuan tahun daripada sekarang.
Bagi saya, ini adalah satu sebab yang kukuh mengapa anda perlu membeli dan menyimpan emas.

Kuasa beli dinar emas dan 1400 tahun lalu dan sekarang.

dinar_emas
Dinar emas – mengekalkan kuasa beli sejak 1400 tahun lalu.
Satu kisah yang menarik berkenaan kuasa beli dinar emas dapat dilihat di dalam hadis nabi. 
Ketika zaman Rasulullah SAW, harga seekor kambing adalah 1 Dinar. Ceritanya adalah seperti di bawah:
Dilaporkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, daripada ‘Urwah yang bermaksud:
 “(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual. Lalu Rasulullah s.a.w memberi kepadakusatu dinar dan berkata: “Wahai Urwah, pergi kepada lelaki tersebut danbelikan untukku seekor kambing.” Akupun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar.
Kemudian aku membawa kedua ekor kambing tersebut. Di perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripadaku. Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar. Kemudian aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawa seekor kambing dan satu dinar lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milikmu.”
Rasulullah bertanya: Bagaimana kamu melakukannya? Akupun menceritakan kepada Baginda apa yang telah aku lakukan lalu Baginda berkata: “Ya Allah, berkatilah perniagaannya.”


Kesimpulan.

1. Emas sangat istimewa. Ia adalah simbol kejayaan.
2. Orang yang menang dan hebat akan diraikan dengan pingat atau piala emas.
3. Bukan setakat di dunia, emas turut menjadi hadiah kepada penghuni syurga. Wow!
4. Kalau nak simpan emas, disarankan anda menyimpan emas betul, bukan emas
    atas kertas tu (Maybank GSPA atau Public Bank GIA).
    Ini kerana aura emas fizikal jauh lebih hebat dari emas dalam buku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...