
Wang Vs Emas. Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat datang kepada anda ke dunia wang fiat.. Sebenarnya kita memang dilahirkan di dalam dunia wang fiat pun. Melainkan umur anda kini sudah 300 tahun atau lebih.
Wang fiat kalau dalam bahasa mudahnya dipanggil wang kertas. Orang putih memanggilnya currency. Kata dasar untuk currency ialah current yang bermaksud arus atau aliran. Dalam pengertian yang senang difahami, wang kertas perlu sentiasa bergerak.
Apa akan jadi jika wang kertas berhenti bergerak? Nilainya akan mula merosot.
Kita lihat situasi ilustrasi ini;
RM20,000 wang kertas yang letakkan di dalam peti besi. Biarkan selama 20 tahun. Apa yang akan terjadi? Sudah pasti wang RM20,000 itu akan merosot nilainya. Jumlah fizikalnya, masih tetap 20,000 tetapi nilainya kalau dianggarkan secara kasar, kemungkinan besar hanya tinggal lebih kurang 12,000 sahaja. Terjejas akibat inflasi. Itu adalah kelemahan currency. Selain itu, kekayaan di dalam bentuk wang kertas boleh dimusnahkan dengan mudah.
Ia boleh;
1. Dikoyakkan sampai lumat
2. Digunting
3. Dibakar
Sementara, emas pula menjadi pilihan manusia sebagai penyimpan kekayaan. Sejarah penggunaan emas sebagai wang bolehdilihat 6,000 tahun yang lalu. Orang-orang Mesir telah menggunakan jongkong emas yang di cop nama firaun sebagai wang.
Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan kerana:
1. Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan tidak akan pudar
selamanya.
2. Emas tidak boleh dibinasakan.
3. Tahan lasak.
4. Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa menjejaskan nilainya.
5. Ia sukar diperoleh.
Pada zaman silam, emas menjadi simbol kekayaan dan kekuasaan. Sesiapa yang memiliki emas maka ia dianggap kaya dan berkuasa. Jika kita memiliki banyak emas pada zaman ini. Kita juga dianggap kaya. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan.
Sebab itu makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa. Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.
Kini kita lihat pula situasi ilustrasi yang ini;
Satu jongkong emas bernilai RM20,000 dan diletakkan di dalam peti besi. Biarkan 20 tahun. Apa yang terjadi? Sudah pasti nilainya akan naik walaupun ia tak bergerak.
Selain itu, emas adalah;
1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
3. Aset yang terunggul
4. Ia tidak boleh dimanipulasikan
Tujuan artikel ini bukanlah untuk memburuk-burukkan wang kertas dan mengagung-agungkan emas. Saya tidak memihak kepada mana-mana sumber kekayaan ini. Ini adalah perbandingan sebenar. Anda bebas memilih sama ada mahu menyimpan kekayaan dalam bentuk wang atau emas. Artikel ini hanya sebagai panduan sahaja. Semoga bermanfaat...

No comments:
Post a Comment